salam,
today xde la penat sgt, cuma letih sket le, coz biasenye my normal day during oliday starts at noon, tetibe seawal 7 kna aktif, ade kenduri plak...nak ikut adat banjar katanya...itu cuma tlg2 as kakitgn kemas umah le biasenye...hehe, br skarang dpt pk, n mmg dah tanam azam smula pd diri this yr kna better than yrs b4 ni...
alhamdulillah, Allah dah tunjukkn jln di alam maya ni...benda yg kucari2 sbelum ni, dahle i ni xpanadai pasal tekno2 ni, tenet2 stakat surf2 bleh la, blog2 ni xpanadai nak mengayat...hehe
laz yr i mmg admit i sengaje jauhkn diri dr sume unsur...i mean, i nak tgk diri i sbenarnye apa cite ni yop??? sbelum tu, i mmg dah uji diri i, mmg i dah rase i dah tau ape hala tuju, but seems like not so much support, n xtau nak slesakn diri dlm serti kata slesa mcmne, i'm lost...erm, correction, i was lost in my own direction, thanx God 4 showing me da beginning of my real journey..but what's da effect to me?? bukannye loz kontek trus, cuma jarag2 je dekati membe2 lame, try to live in new world..dunia yg lebih terpelihara persekitarannnya...so dis yr try nak reconnect, ade la jupe gak website diorg, but most dah outdated, msg2 cbuk, in fact la ni pon sume ngah truskn perjuangan ilmiah scr formalnye, i truskn perjuangan diri yg masih xberkesudahan..but i alwaiz thinking +ve, iA
eh, ape ke bondanya yop yg dah jupa sgt tu? haa, ruangan blog2 yg membina minda n remotivate myself, cuba cr smula saki-baki yg xsempat jupe dek kerna derhaka sdiri..hrm, pelik2, ape ke bendenye tu...biarlah jd sejarah yg pasti tlh ku sesalkn...ok2, b +ve!!
ni antara yg menarik, yg hopefully (Allah dah sememangnye tlh tetapkn sejak d luh mahfuz lg...) bakal bertemu Mr Right yg dpt bimbing diri n terbaik bg diri ini n sipa pun si dia nanti, ish2 jiwang pula, rite now kata2 puitis ni je la yg dharapkn kluar bg seseorg itu:
i quote from someone's blog...ni acknowledge nih!
"
Titipan Buat Calon Zaujahku
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani Assolatuwassalam ala RasulillahSelawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw, Pembawa Rahmat Seluruh Alam...
Salam sejahtera buat calon zaujahku yang dihijab pertemuan olehNya sehingga detik kita disatukan dengan lafaz ijab bersaksi qabul berwali. Semoga langkahmu tangkas dengan semangat juang Islam. Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah ia dengan memohon keredhaanNya supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan.
Ya Allah, gembirakanlah aku dengan redhaMu ku kira untaian doa srikandi iman, Sayyidah Nafisah binti Hasan bin Zaid bin Hasan bin Ali bin Abu Thalib ini mampu menyuburkan hatimu dengan Nur KasihNya.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum: 21)
Telah dikhabarkan bahawa engkau adalah calon yang sekufu untukku, bakal menjadi peneman solehah bersamaku merentas becaknya denai-denai perjuangan Islam ini. InsyaAllah. Kesesuaian ini telah kupohon dalam setiap doaku padaNya, dalam setiap sujudku, dalam setiap ibadah hajat dan istikharahku selama ini. Tanpa jemu walaupun pertemuan itu masih dirahsiakan. Besar kurniaanNya kepada kita. Hijab itu membolehkanaku dan kau melengkapkan diri masing-masing dengan bekalan agama agar baitul muslim kita nanti tidak suram dengan Nur keimanan yang malap.
Calon zaujahku yang dirahmati,
Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..
Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.
Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa--bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengenal. (Al-Hujarat: 13)
Calon zaujahku yang telah dijanjikanNya ," Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)
Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.
Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata ku persembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.
Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.
Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak
Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah. Bakal isteriku yang dirahmati,Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya.
Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah.
Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa."
alangkah bahagianye kn, jika itu ditakdirkn...wallahua'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment